03 September 2010

Dalam Senyum Ada Dendam


Muka yang manis. Senyuman yang mendamaikan. Lirikan mata yang memukau. Kelunakan suara yang bisa memikat. Tapi awas. Kadang-kadang, dalam semua keindahan itu ada terselit secebis dendam. Walau sedikit tapi kesan yang akan ditinggalkan amat lah mendalam...

Api tidak boleh dibalas dengan minyak. Jika dibalas jua maka akan merebaklah api kemusnahan. Maka, perlulah engkau menanganinya dengan cara yang sama. Dengan senyuman, tutur kata yang lembut serta manis. Perlakuan yang bersahaja. Usah biarkan dia sedar perubahan di dalam hati engkau. Biar tuhan saja yang menjadi saksi...

Dalam falsafah kehidupan aku, biar aku yang merasa susahnya. Asalkan orang di sekeliling aku berasa gembira. Tak kira apa pun yang berlaku, aku akan cuba tanganinya dengan berhati-hati. Jansan sampai orang lain susah kerana aku...

Maka dengan itulah, hari ini aku bertindak sedemikian rupa. Aku turutkan saja semua kemahuannya. Walau terkadang terguris jugak hati lelaki aku. Tapi aku tahankan juga. Berfikir sebelum berkata-kata. Kerana kata itu adalah lebih tajam dari pisau...

Di pengakhiran episod ini. Keegoan si dia akhirnya runtuh. Tanpa berkata sepatah. Tanpa bertindak agresif. Dia rebah terduduk menangis. Mingkin sedar akan apa yang telah dia lakukan. Aku tak tahu. Hanya Tuhan saja yang maha mengetahui...

No comments:

Post a Comment