Syukur alhamdulillah. Dalam kesempitan hidup ini angan-angan untuk memiliki DSLR sudah tercapai akhirnya. Selepas Raya Hari itu, keadaan ekonomi aku sedikit goyang. Tak tahulah mana silapnya. Mungkin akibat bahana kad kredit. Duit keluar tanda kite sedari "ohh semua ini kene bayar nanti".
Bila dah ada DSLRJ, bolehlah aku merakamkan perjalanan kehidupan ini. Bukan hanya pada tulisan, bahkan pada gambar juga. Pada masa yang sama jugak aku mula belajar teknik-teknik ber-DSLR & editing.
1 Bulan 6 Minggu. Lebih kurang itu lah masa yang diberi kat aku untuk bercuti. Satu jangka masa yang agak panjang jugak. Tapi dalam keseronokan ni, ade benda yang perlu diselesaikan jugak. Kerja-kerja yang tertangguh perlu disiapkan (slow-slow)...
Bile cuti panjang datang, macam-macam jugaklah yang akan berlaku. Baru-baru ni, Semut aku buat hal plak. Terpaksa aku cari masa untuk baiki kerosakan yang boleh diaktakan sedikit, tetapi perlu masa yang agak panjang untuk dibetulkan. Nasiblah aku cuti...
Banyak aktiviti yang dah dirancang untuk isi ruang-ruang kosong dalam hari-hari aku. Antaranya, percutian di Cameron Highland & Langkawi. Dua tempat dalam satu minggu. Boleh la tengok tempat orang & ragam manusia nanti.
Sebelum aku habiskan perenggan terakhir ini, aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepasa semua umat Islam umumnya dan kepada pengunjung laman ini khasnya. Terima kasih atas sokongan yang dah diberikan. Sebagai penyedap mata, berikut adalah hasil dari "tenangan" DSLR aku...



No comments:
Post a Comment